GOOGLE Adsense

Monday, May 7, 2012

Pengalaman Bersalin Razin Mikhaill




15 hari dah berlalu.. rasa macam semalam masuk dalam labour room.. hehe.. punya la lama ciknaa amik masa nak karang entry ni.tak tau bape kali on off laptop dah..ada masa free sikit, sambung..8kali ada ciknaa rasa..hehe. memang sangat bz dalam pantang.dengan nak susukan si razin tu, bertungku, pump susu lagi, dah free, baby razin berak pulak..oke lah.. dah nama pn blogger kan? semua cerita, pengalaman mesti nak share punya.. ramai mommy dah selamat bersalin.. masing2 ada cerita pengalaman bersalin ikut bahagian masing2.. semua orang tak sama.. sekarang kasi can ciknaa pulak nak share ape rasa nya bersalin, labour room, contraction.. seluk menyeluk.. eeeuuuuwww!! hehe. relax bakal2 mommy.. jangan takut, tak sakit sangat pun [sedapkan hati anda] hoho.. :))



21 April 2012 [ 3hari sebelum edd]
-baby tak gerak sangat hari ni..tak tau la kenapa. orang cakap bila dah dekat2 due date, baby dah padat sangat dalam perut. jadi, pergerakan dia terbatas. tapi ciknaa pelik sebabnya dari pukul9 pagi, sampai ke asar, 3kali je baby bergerak.. hati dah cuak, takut jadi pape.. petang pukul6 ciknaa sampai hospital kluang, terus ke bahagian wad bersalin.. masuk dalam bilik saringan, nurse dah pasang alat CTG kat perut tu.. tengok jantung baby ok.. alhamdulillah lega.. lepas 10 minit, baru baby bergerak. sebab dah kena ikat agaknya.. kih3..padan muka awak baby.. tula sape suruh diam2 lagi.. ingatkan malam tu dah kene tahan wad. sebab ciknaa ada darah tinggi..ciknaa dah hangkut semua beg baby, beg mama, segala termos, bekalan makanan kalau2 lapar kat wad..tapi hampeh, nurse tu cakap ngan doctor katil penuh.. what?, hospital baru macamana katil boleh penuh..? ciknaa tak sedap hati.tambah pulak dalam labour room tu semua nurse, jururawat pelatih dia sangat la tak mesra alam.. kite ni dahla cuak, dia buat macam hape je.. ciknaa tak suka oke! pukul8 malam balik dengan senyuman..dalam hati seronok gilerrr..dapat balik tido peluk suami ketat2 lagi..hehe :))



22 April 2012 
-subuh pukul 6.30 pagi, ciknaa bangun.. pagi tu rasa lain sangat2.. tengok ada darah keluar.. banyak jugak la, macam darah period tu.. alhamdulillah, lega sebab dah turun tanda.. hepi sangat sebab takde la kene serah diri kat hospital.. bagitau mak kat pahang yang ciknaa dah turun darah,dia cakap jangan pegi hospital dulu. biasa anak sulung lambat bersalin.. baik rehat je kat umah, makan & rehat cukup2 kumpul tenaga..tapi, monitor pergerakan baby..  ok mak, mengikut perintah.. dalam pada tu, mak ciknaa datang dengan nenek.. 


5.30 pm
- mak & nenek sampai kluang.. ciknaa pun dah keluar dari umah bawak semua barang2 baby & barang sendiri.. kali ni ciknaa dah tak pegi GH. serik kott.. ciknaa tak suka nurse yang tak mesra sebegitu.. hoho..sebelum pegi hospital, ciknaa ajak mak pegi cari batu tungku kejap.. sempat lagi tu jenjalan pusing bandar kluang..feeling2 macam orang taknak beranak je kan? huhu.. sampai kt kedai jamu tu ciknaa sakit kepala.. dalam hati, mesti BP dah naik ni.. terus pegi johor maternity specialist hospital..


6.30 pm..
-sampai hospital.. lepas serahkan kad pe semua, nurse ajak masuk labour room. check BP dulu sebab ciknaa bagitau sakit kepala. masuk je labour room, wah.. ini ke labour room? jakun mak.. kecik je labour room tu. ada 2 katil je. private hospital camni la kott.. kat GH ciknaa dengar orang cakap labour room banyak katil.. lepas check BP, nurse buat muka tak puas hati..double check! 139/110.. what?! tinggi nyaa...
nurse cakap,  'puan, darah puan tinggi. biasa nya tak boleh beranak normal ni' haaa? betul ke nurse? dalam kepala fikir, abis la..



pandangan sisi katil, ni jela yang ciknaa tengok bila sakit contraction datang..

6.45 pm
-bermula lah sesi seluk saku menyeluk.ini la kelebihan bila baca pengalaman orang bersalin kan..orang cakap kalau nak kene seluk tu, cuba bawak bertenang..set dalam kepala yang kene seluk tak sakit. 1st time kene seluk, nurse cakap ok, saya masukkan 1 jari.. then, 2 jari ye.. tahan sikit k.. masa tu, tarik nafas macam biasa, jangan kemut2..insyaAllah, tak sakit.. nurse cakap jalan dah bukak 4cm.. 20minit lepas tu, doctor luckmal datang.. buat VE lagi sekali.agak sakit la sebab tak sempat nak tarik nafas.. lagipun tangan lelaki..tau2 jela..doc luckmal cakap tak boleh czer dah sebab jalan dah bukak banyak.. doc bagi hint kat misi masukkan ubat jenis air tu kat tangan ciknaa.. 10 minit lepas kene seluk tu, terasa nak kencing sangat2.. misi tak bagi turun katil dah. dia suruh angkat punggung je. dia letakkan mangkuk besi tu kt bawah badan ciknaa.. fuh, memang sangat la kekok kencing berbaring, dengan keadaan terkangkang tu..ngeh3.. cakap ngan misi, sorry ea misi, saya kencing banyak pulak..misi india yang baik sangat tu senyum.. 'puan bukan kencing sebenarnya, itu air ketuban..doc dah pecahkan masa buat VE tadi.. fuh! biar betul.. langsung tak rasa sakit ke hape..benda yang doc gunakan nak cucuk tu pun ciknaa tak nampak..



ubat induce dah masuk..

8.40 pm
-nurse seluk lagi nak check bukaan, dah 6/7cm.. cepat je rasa.. orang cakap anak sulung lambat..tapi effect ubat induce tu agaknye jalan cepat buka.. nurse india tu cakap kul10,11 sure dah boleh bersalin. sebab kulit ciknaa jenis lembut, cepat bersalin..yeke? dalam hati nak bersalin lepas kul12..dapat 23hb sama tarikh befday ngan ciknaa.. ngeh3..



labour room johor maternity specialist centre,kluang. 

9.15 pm
-sakit contraction dah mula rasa.. ciknaa sakit dekat pinggang, dekat perut or bawah tu langsung tak rasa sakit.. memang sakit yang hebat sangat..mula2 5minit sekali..lepas tu 3 minit sekali.setiap kali sakit tu datang, ciknaa akan pegang tangan mak, tangan suami, tangan makcik.. almaklum la smua boleh masuk labour room. perasaan malu memang dah hilang terus..sakit tu buat ciknaa pikir nak selamat keluarkan baby je..sakit contraction ni rasa nya apa ea? sakit macam orang patahkan pinggang kite tu. masa sakit, langsung tak boleh nak cakap dah.. nurse, mak, makcik semua pesan, kalau sakit, baca doa nabi nuh.memang betul, bila sakit tu datang, alhamdulillah kurang sikit rasa sakit tu bila ayat2 quran kita baca.. segala doa dalam kepala ciknaa baca. sampaikan nurse philiphine tu pun suruh baca je doa yang kite tau..bagus dia, walaupun bukan islam..



10.00 pm
-buat VE lagi.. dah 8/9 cm.nurse cakap kalau ada rasa macam nak berak, teran je.. 2 orang nurse dalam labour room ni. dorang dah mula pasangkan tiang besi kat sisi katil tu.then ajarkan  macamana nak push.. kaki kangkangkan seluas2 nya, tapak kaki letak kat tiang besi tu.. pastu bila nak push, tarik tali yang dipasang dekat tiang tu sambil angkat kepala, lepas tu teran sekuat hati.. ok, lepas dorang ajarkan tu, ciknaa semangat & dengan penuh confident,yakin boleh buat.. ngeh3.. tak lama lepas nurse sekolahkan ciknaa, sakit yang katanya macam nak berak tu datang.. ha, dah boleh practice push.. tarik nafas, teran..tapi ciknaa silap.. memang tak reti langsung nak teran..takpe, slow2 nurse cakap.. sebab baby masih jauh lagi.



10.30 pm
rasa nak berak tu memang semakin kuat..nurse suruh push, rase nak berak je teran.. kepala baby dah nampak dekat miss v tu..mak ciknaa cakap dah nampak kepala & rambut baby..ciknaa makin semangat nak meneran.tarik nafas, teran sekuat hati. masalah nya, ciknaa teran dekat tekak je.. sampai merah2 muka nurse cakap..aduh.. macamana ni.. banyak kali ciknaa cuba, lepas tu dah macam ok sikit.. masalah lain pulak. bila dah teran, nak curi nafas yang ke2 untuk sambung teran tu yang ciknaa failed.. kesan nya,kepala baby yang dah keluar tu, masuk balik.. sampai pukul11..



11.00 pm
-doctor luckmal masuk.. dia cakap dengan nurse, 'saya kasi setengah jam je lagi..kalau tak delivery jugak..........' ciknaa tak dengar ayat yang akhir tu. nurse pandang ciknaa.. haa, nazirah, awak dengar tak doc cakap tadi? kalau awak tak push betul2, doc nak operate tau.. what?! masa tu ciknaa dah cuak bila dengar nurse cakap nak operate..ya Allah benda ni la yang ciknaa taknak sangat2.. ok, ciknaa tak putus asa.. masih kuatkan semangat walaupun dah penat sangat2 tau.. mata ciknaa dah mula layu.. makcik ciknaa dah suruh suami ambik minyak cap kapak..abis dahi & mata ciknaa dia lumurkan..jangan tidur dia cakap.. pikirkan keselamatan baby tu.. push betul2.. ya Allah, ciknaa tak tau dah nak teran macamana.. abis usaha, abis tenaga dah ciknaa teran..tapi baby tak keluar jugak..




11.25 pm
-doc luckmal masuk labour room. dia tak cakap apa dah..bagi hint, terus nurse prepare semua barang.dalam kepala ciknaa abis la kene czer la nampak nye ni.. pasrah jela, sebab sehabis daya dah ciknaa usaha tapi baby tak jugak keluar..nak czer, czer jela doctor..ciknaa nak tengok baby selamat je.. masa ni, suami dah peluk ciknaa kat kepala..mak duduk dekat belakang suami.suami ciknaa asik cakap  'lagi sikit je sayang.. boleh, sayang boleh buat punya'.. tapi ciknaa dah takde tenaga.. ciknaa dapat rasa doc gunting kat bawah tu. then, mesin vacuum tu berbunyi..sangat la menyeramkan.ciknaa tak nampak langsung macamana rupa alat2 tu semua sebab atas katil tu buat kepala ciknaa lagi rendah dari paras dada.. tak sampai 2minit ciknaa rasa macam ada benda besar keluar.. yang hujung2 tu rasa macam tali bergulung2 je.. ya Allah lega nya rasa.. betul2 macam lepas berak sembelit tu nyah.. :)



11.34 pm
-baby boy ni selamat keluar dari perut ciknaa.. keluar je terus dengar suara dia.. suami peluk ciknaa kuat2..mak pun peluk ciknaa..kami bertiga berpeluk macam berpuluh tahun tak jumpa..sebak yang amat sangat masa ni. tuhan saja yang tau, rasa bersyukur sangat2 bila anak yang selama 9bulan 10 hari ni duduk dalam perut dah selamat melihat dunia. suami ciknaa peluk ciknaa ketat2 time tu sebab doctor nak jahit. suami psiko ciknaa ajak berbual.sebab taknak ciknaa rasa sakit kot.. nurse dah ambik baby & mandikan kat sebelah kiri katil ciknaa tu.doctor cakap, dia nak mulakan jahit 3 lapisan kulit ciknaa..kalau sakit, bagitau..dia akan bius lagi. jahitan doc luckmal ni sangat la teliti..slow je dia jahit. ciknaa tak sedar pukul berapa siap jahit. yang ciknaa tau, baby dah keluar dulu jumpa atuk nenek dia kat luar. nak diazankan.. alhamdulillah, ciknaa sakit tak lama.. tapi kesan ubat induce tu sangat2 la menyakitkan.. tapi lepas baby keluar je, betul orang cakap.. sakit tu hilang terus.. rasa nya sekarang pun ciknaa dah tak berapa ingat sakit contraction tu macamana.. hehe.


1st time gambar ber3.. complete ~ alhamdulillah..



baby razin 1st time amik gambar dengan nenek dia..  suke sgt nenek dapat cucu laki :)



sekian..





11 comments:

  1. ya Allah,nervesnye rs....
    cmnelah ekin nnti.....
    xtaulah mampu ke x....

    ReplyDelete
  2. ciknaa, bestkan ada anak..hehe..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah :)
    JMSH tu mmg ade dr lukman je eh?

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dear, dah selamat semuanya.. telah lahir seorang lagi khalifah.. BTW, Razin lahir sehari dulu sebelum baby kite. kalau tak dah sama hari dah. hee.

    ReplyDelete
  5. huhu nebesnye bace,.. cmne la dr sndiri nt :(

    ReplyDelete
  6. i pon baru update pasal ni...hehe...selamat berpantang dear :)

    ReplyDelete
  7. ciknaa : nama baby kita sama la.. hehe

    Hello razin mikhail..! nama baby aunty elman mikhael. moga kamu & mommy cepat sihat ye syg.. :)

    ReplyDelete
  8. ciknaa.congrats!same la kite beranak vacuum.huhu.

    ReplyDelete
  9. sonok bace pngalaman cikna... nway, tahniah smua dh slamat.... sye pon xsbar nk merasa jgak masuk LR....hehe

    ReplyDelete
  10. bila baca your experience delivering the baby, buat diri rasa berani nak hadapi saat bersalin next month :)

    ReplyDelete
  11. Tumpang iklan admin. Terima kasih.
    Urutan Tradisional Selepas Bersalin Di Rumah
    (Kawasan : Johor Bahru, Larkin, Tampoi, Pandan, Pasir Gudang)
    PERCUMA! BENGKUNG MODEN 3IN 1
    PAKEJ 3 HARI : RM400
    PAKEJ 5 HARI : RM650
    PAKEJ 7 HARI : RM900
    Pakej : Urutan, Param, Pilis, Tapel Perut, Tungku
    Urutan Tradisional Kesihatan juga ada.
    Terapist bertauliah : MamaCare LPPKN
    Whasapp/sms : MELOR 016-7744127

    ReplyDelete

ciknaa hargai komen yu ols :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016