GOOGLE Adsense

Friday, September 9, 2011

kepada yang belum ada rezeki lagi

salam jumaat. ciknaa sebenar nya serba salah hal2 berkenaan dengan anak ni. yela, ada pasangan tu yg dah 6 bulan, setahun, 3 tahun, bahkan 5 tahun kawen pn ada.tapi masih belum mendapat tanda2 akan berbadan 2.ciknaa faham perasaan awak tu.sebab walaupun lepas 2bulan kawen ritu ciknaa sendiri dah mula tertekan orang asik bertanya je dah ada isi ke? bila nak bertiga? mula2 ok. lama2 rasa sensitif sangat soalan ni kan?



sampaikan bila ada orang yang kawen pun dah lekat, kita rasa macam down sangat2. tu smua ciknaa dah rasa.kawan baik ciknaa sendiri 2 orang yang belom ada rezeki. sorang dah 3 tahun kawen, sorg lagi hampir setahun.tapi apa yang ciknaa bole nasihat kat sini, doa banyak2 ye dear.. sebab apa2 hal hanya Allah Maha Berkuasa memberi segala nya kepada kita. jangan putus2 berdoa. maybe itu dugaan Dia nak bagi pada kita.mungkin selama ni kita tak pernah menerima dugaan hebat dariNya. itu juga menandakan Allah sayangkan kita.



apa yang ciknaa nak cakap kat sini, makcik ciknaa sendiri dah pun mengalami nya. 9 tahun lepas kawen dia baru dapat menimang cahaya mata sendiri.darah daging sendiri. berkat kesabaran, akhirnya Allah beri juga dia peluang merasa kehadiran zuriat sendiri. jadi, kepada sahabat2 ciknaa kat luar sana yang belum, banyak2 bersabar. dan yang dah pun melalui pengalaman tersebut, mari la kita sama2 berdoa supaya mereka juga dapat merasa apa yg kita rasa. insyaallah.. ciknaa syg korang sume. =)

4 comments:

  1. thanks ciknaa untuk entry ni.. zana cuba untuk lebih kuat lepas ni.. zana yakin dgn ketentuan Allah.. cuma sesekali hati ni berdetik sedih..

    ReplyDelete
  2. sama2 zana. good gurl.. insyaallah ada rezeki tu nanti. sabar byk2 dear.. ciknaa selalu doakn zana n kwn2 ciknaa yg lain.. takmo sedih2 k. tenyum tikek.. =)

    ReplyDelete
  3. Golongan yang diduga itu mmg sgt sensitif...

    terima kasih kerana memahami=))))

    ReplyDelete
  4. yes.. sgt2 sensitif. tapi ciknaa faham. n bertempat sensitif itu. wanita, mesti faham hati wanita.. sama =)

    ReplyDelete

nasi lemak ikan kerisi,
nanti singgah komen la lagi (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016