GOOGLE Adsense

Wednesday, February 23, 2011

solat sunat selepas nikah

assalamualaikum ols..hehe. today, i want to share something with all of u. <-------------(ape motip aku skiping2 neh? haha) sbnr nye benda ni da lame ciknaa terpikir..sejak balik dr kursus kawen kt setiawangsa ritu.sejak tu ciknaa teringin sgt2 nak melakukan solat berjemaah bersama suami. ececeh! tp serius..mmg teringin sgt.dan hasrat itu telah pun disampaikan kpd encek saiful.n dia tak kisah..bukan apa,solat sunat ni 2rakaat je.dan insyaallah sekali je seumur hidup kte lakukan.ciknaa rasa mcm rugi sgt kalau peluang ni dilepaskn mcm tu je kan?so, disebabkan xpenah main kawen2 kan, ciknaa pn gigih la mencari info2 tentang solat sunat lepas nikah n sujud syukur.hope info ini menjadi panduan kpd kamu2 yg bakal jd pengantin baru hokey....tata :)




Solat sunat Nikah adalah salah satu solat sunat dan boleh dilakukan sebelum dan selepas upacara nikah.
Solat sunat sebelum nikah ini dilakukan sebelum majlis akad nikah.bilangan rakaatnya ialah 2 rakaat.
Cara untuk mengerjakannya ialah:
  • berniat dengan lafaz niatnya:
    • “Usolli sunnatal ‘ursi rak’ataini lillahi Ta’ala.AllahuAkbar”
  • rakaat pertama:
    • Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun
  • rakaat kedua:
    • Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas
Solat sunat selepas nikah ini boleh dikerjakan bagi pasangan yang baru selesai diakad nikahkan dan kedua-duanya disunatkan untuk mendirikan solat sunat ini, terutamanya lelaki. Bilangan rakaatnya ialah 2 rakaat, dan bolehlah diikuti dengan sujud syukur.
Cara untuk mengerjakannya ialah:
  • berniat dengan lafaz niatnya:
    • “Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”“
    • sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala”
  • Rakaat pertama:
    • Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun
  • Rakaat kedua
    • Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas
    • membaca doa berikut selepas salam:
Contoh doa yang boleh disebut di dalam bahasa Melayu: “YA Allah,Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,segala puji-pujian bagi-Mu,seru sekalian alam.Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu,telah selesai pernikahanku ini,kami memohon pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah pernikahan –ku ini.Engkau jadikanlah aku dan isteriku orang-orang yang soleh.Ya Allah, Ya Rahman,Ya Rahim, pada-Mulah kami memohon pertolongan.Engkau anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh, Engkau berikanlah akan daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami.Engkau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai.Engkau mesrakanlah kami,bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad sae dan Siti Khadijah,Nabi Yusuf dengan Zulaikha,Nabi Adam dan Hawa.Engkau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang ramai dan soleh.Engkau anugerahkanlah kami kesihatan dan kesejahteraan pada isteri/suami dan anak cucu kami sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka.Engakau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagian rumahtangga kami”
“Ya Allah,Ya Rahman, Ya Rahim,Engkau anugerahkanlah kepada kami akan rezeki yang suci dan baik,lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan haram.Engkau jadikanlah aku, isteriku/suamiku dan anak-anak kami orang yang rajin mengerjakan solat dan bertaqwa.Engkau berikanlah petunjuk dan jalan sekiranya aku, ister/suami dan anak-anak ku menyimpag ke jalan yang tidak Kau redhai.Engkau anugerahkanlah padaku, isteri/suami dan keturunan kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh sepanjang hayat kami.Engkau peliharalah kami,isteri/suami, anak-anak dan cucu-cucu kami dari sebarang mara bahaya,fitnah,dan malapetaka yang tidak diingini samaada yang lahir mahupun yang batin”
“Ya Allah,Engkau berkatilah umur kami,isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami sehinggalah akhir hayat kami dan mereka.Engkau peliharalah kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah,kepada kedua ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi larangan-Mu”
“Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah,(3 kali),
Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah (3 kali)”


sumber rujukan ciknaa : wikipedia

No comments:

Post a Comment

ciknaa hargai komen yu ols :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Mama Double RM
Designed by UMIESUEstudio 2016